" Sial nyer budak!! aku suruh kau belajar..kau main-main.Kau nak jadi apa?.beruk kat hutan?." Tempik ayah aku semasa aku sampaikan rekod prestasi sekolah aku kepada ayah aku..Sungguh berdebar betul aku masa tu menunggu apakah hukuman yang menanti aku..tiba tiba "Paaappp!!!" kena sebijik penampar..sakit nya tak yah cakap la..memang kalau beruk la yang kena penampar tu..serius lepas tu mesti pandai..Aku tak tau la kenapa la aku ni bongok sangat dalam pelajaran, bukan la aku tak belajar tapi selalu masa aku belajar..banyak je imej yang muncul dalam kepala hotak aku ni, mungkin sebab aku menonton kartun banyak sangat kot.tu yang semua mainan yang aku ada (dapat dari ding dang) aku modified jadikan watak watak yang aku nak.lepas tu aku main sorang-sorang. Nak jadikan kisah sebenarnya aku ngan adik aku ni tak berapa rapat sangat almaklumlah adik aku ni jenis yang memang jadi kesukaan parent parent kat Malaysia ni, pandai, comel dan macam macam lagi la.So setiap kali penyampaian buku rekod sekolah adik aku selalu dapat hadiah dari ayah aku, yang aku lak dapat hadiah jugak tapi penampar lah..kira fair la tu .sama-sama dapat hadiah.oleh sebab itulah aku tak boleh get along ngan adik aku.
Selepas aku kena penampar ngan ayah aku tu..aku kena perintah reman duduk dalam bilik sebab ayah aku suruh listkan apa aku nak jadi apabila besar kelak. sementara adik aku lak..ayah aku ajak gi pasar malam..belikan hadiah sebagai meraikan kedudukan no 1 dalam kelas dia..masa tu apa yang aku rasa memang sebak giler..rasa macam tersisih..walaupun aku tau masa tu aku kecik lagi tapi aku ade perasaan jugak..masa tu yang paling aku sedih ..aku dapat melihat tangisan seorang ibu yang dapat rasakan apa yang bermain didalam hati aku.. :(
1 comment:
peh.boleh tahan juga berblog ye
Post a Comment