Tak lama lagi cuti penggal akan bermula.oleh itu waktu waktu macam ni menjadi satu waktu yang amat diraikan bagi budak-budak yang jenis pemalas nak belajar tapi nak main jer macam aku ni. Tetapi ntah kenapa hari ni aku rasa maleh tul nak balik ke rumah sebab kesan penangan ayah aku semalam masih terasa lagi bukan kat pipi jer sampai kat organ-organ dalaman aku.terutama hati aku.rasa macam terhiris. Bila aku dengar cikgu membenarkan Kelas 6 Merah keluar awal . shit!! tiba-tiba jer aku rasa macam gementar..yelah kan .bila aku balik umah nanti mesti kena "sekolah" lagi dengan ayah. So aku bercadang ambik trip bas yang terakhir.nampak nya kena la layan ais krim dulu .. kalau tak sangap jugak nak tunggu. "Oit budak!!nak balik tak nak? konduktor bas tu panggil aku.isy camne la aku tak sedar masa tu berlalu.Hari ni camnelah aku boleh sama trip ngan budak Sekolah Sin Min (Cina) so jadi sardin la dalam bas tu..dalam diam-diam mata aku tertumpu pada sorang budak perempuan.memang comel.."dapat kawan ngan amoi ni besh gak,leh gak kerek ngan kawan-kawan aku" hatiku bersuara.Semasa tiba di Kg. Tengah tiba-tiba pakcik drebar bas tu bersuara "Farah,cakap ngan budak-budak cina ni..suruh tunggu kat sini dulu sebab pakcik nak ambik kawan diorang yang tertinggal kat sekolah sana" so aku tengok budak comel tu bangun (oo farah namanya.melayu rupanya..) lepas tu dia pun bercakap la ngan kengkawan dia dalam bahasa cina. selepas itu aku nampak la diorang beramai-ramai turun dengan automatiknya aku pun kena turun sekali sebab budak cina tu semua sama kg ngan aku. Dalam diam-diam mata aku masih lagi mengerling ke arah "farah" yang semakin sayup dari mata aku. Kat sini rupanya Kg budak comel ni ..aku ingat dia nak tunggu sekali kat sini sama ngan aku...kan besh...he.heh.e
No comments:
Post a Comment