Tuesday, September 08, 2009

Chapter 4: Impian


Apasal la aku asyik nak tersenyum je ni, masa makan sengih sorang-sorang, masa memerun dalam jamban pun aku tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit aku yang segan segan nak manunjukkan dirinya. "Biar betul, Ishh takkanlah" aku masih berperang dengan fikiranku tapi kalau betul lah.wah.indahnya duniaku. tetiba je aku rasa nak kahwin masa tu jugak.lantakla aku dah sunat apa. Terdapat dua benda yang paling indah aku dapat rasa kan, yang pertama tentulah sebab aku dapat surat (wangi lak tu diulang ..amat wangi..he.he) yang kedua kandungan dalam surat tu.
Secara terus terangnya memang aku tak sangka aku akan dapat sisipan bunga plastik di dalam surat itu, bayangkan bunga untuk budak lelaki tapi kenapa yer?.Dia suka kat aku ker ?. (Comel ker aku ni?).Tapi takpe persoalan itu akan aku ungkaikan sebentar lagi sebab dia ada sertakan no telefon dia sekali dalam surat itu. Aku mesti telefon dia untuk ucapkan terima kasih.

Tuesday, July 18, 2006

Chapter 3: Tak Percaya!


Cuti sekolah telah bermula. Di satu sudut ruang rumah, aku dapat melihat abah dan mak telah bersiap-siap menyediakan kelengkapan untuk pulang ke kampung. Disatu sudut ruang bilik pula aku dapat melihat adik aku sedang tenung wajah aku seolah-olah meminta untuk aku mengerti keresahan yang bermain di hatinya."Banyak la cantik..dia ingat dia sorang je ..risau.aku lagiii lah risau" bisik hatiku. Dalam diam-diam aku tertanya pada diri aku. "apa pasal lah kena sunat? tak yah sunat kan senang.leh duk rumah" satu persoalan yang aku rasa kan dapat membantu sedikit menenangkan perasaan aku pada masa tu. Hussin kata sunat tu sakit tapi Azman kata macam kena gigit semut jer, yang mana satu aku nak percaya?.yang pasti aku akan mengalaminya sendiri pada kali ini. .


"Dah siappp".tok mudim bersuara tenang.ish takkan la aku tak sedar benda alah tu dah kena potong.tadi dia cakap dia baru nak sapu minyak, pandai jugak dia main "psychology" dengan aku dalam sedar tak sedar aku dah mula rasa ngilu. "Hah! lepas ni dah boleh kahwin la.ha.ha.ha" Pak ngah aku bersuara. "amboi bising pulak orang tua ni karang ade pulak yang anak dia kena ngurat dengan aku karang" hati aku berbisik nakal.Hmm cerita pasal ngurat mengurat ni, tiba-tiba aku teringat pada "Farah". Macam mana lah aku boleh terlupa tentang gadis ni.Mungkin sebab masa ini aku tengah fobia dengan situasi "sunat menyunat" ini kot. Gemuruh semasa sunat tadi tiba-tiba hilang bila bayangan "Farah" muncul semula di kepala hotak aku ini.

Seminggu telah berlalu, sakit bentan di "anu" aku masih terasa. Semasa dalam perjalanan pulang aku sibuk mengeluh pada mak dan ayah aku kerana tak dapat menahan rasa ngilu setiap kali bergerak. Bila tiba je di pintu gate, aku dapat melihat sepucuk sampul surat telah terselit kemas di celah-celah sampul surat yang lain. "Nah surat along." emak aku menghulurkan surat bersampul putih kepada aku. Aku? hmm..pelik jugak siapa yang nak bagi surat kat aku..takkan la nak congratz sebab aku bersunat kot?..tak sabar untuk aku melihat apa kandungan dia dalam sampul surat itu.yang pasti aku memang pelik sangat.

Monday, July 17, 2006

Chapter 2: Prologue










Di suatu sudut lain...kelihatan seorang pemuda sedang resah menanti diatas kerusi duduk, seolah-olah sedang menanti seseorang. dari gaya dan caranya menggambarkan seolah-olah dia berada dalam keadaan tidak terurus.Tahun ini adalah tahun yang ke 3 dia menunggu.Suatu Penantian yang dia sendiri tidak tau di mana akan bertemu penghujungnya, mungkinkah ada janji yang perlu diselesaikan atau pun hanya sekadar merupakan suatu kenangan pada dirinya yang sukar untuk dia lepaskan.

Dari raut muka yang dia tunjukkan seolah-olah dia tak pernah kisah apa yang berlaku di sekelilingnya. Apa yang dia tau cuma kisah dirinya dan keadaan sekeliling yang pernah tercatat disitu.dia yakin pada tahun hadapan dia akan datang semula kesini.tapi persoalannya kenapa.?.

Langkah Pertama


Aku tak tau lah kenapa semenjak dua menjak ni aku asyik teringat kepada gadis bernama "Farah" tu.walaupun kesan kemarahan dari ayah aku tu masih berbekas lagi pada diri aku tetapi disebabkan insiden dalam bas kelmarin membuatkan aku lupa pada segalanya.Tiba-tiba aku teringat pada Suzi anak drebar bas sekolah.Suzi pada masa tu merupakan salah sorang member yang agak rapat jugak dengan aku.disebabkan ala-ala tomboy pada diri Suzi membuatkan aku tak kekok sangat bergaul dengannya biasala sama je macam kawan-kawan lelaki lain.oleh itu senang la sikit proses untuk aku berkenalan dengan "Farah" tu.entahlah aku ni jenis penakut ker, pemalu ker tak tau la.masalahnya aku tak tau macam mana nak mulakan, bila ade Suzi aku berharap benda akan jadi lebih mudah almaklumlah orang jenis macam Suzi ni memang selamba.

Kali ini jadual waktu pulang aku telah diaturkan oleh Suzi sebab nak pastikan yang aku akan dapat naik bas sama waktu dengan budak-budak sekolah Sin Min.biasalah perancangan kena ada.ha.ha.Yup! memang tepat, kelibat "Farah" memang terlihat diantara budak-budak cina tu semua.Tiba-tiba je hati aku berdebar, rasa tergedik-gedik pun ada. Aku rasa ini lah waktunya untuk aku menarik perhatian "Farah" tapi camne yer?..kenalah aku buat lawak spastik kat dalam bas tu.dan aku memang kena buat.

Saturday, July 15, 2006

Chapter 1: Pertemuan

Tak lama lagi cuti penggal akan bermula.oleh itu waktu waktu macam ni menjadi satu waktu yang amat diraikan bagi budak-budak yang jenis pemalas nak belajar tapi nak main jer macam aku ni. Tetapi ntah kenapa hari ni aku rasa maleh tul nak balik ke rumah sebab kesan penangan ayah aku semalam masih terasa lagi bukan kat pipi jer sampai kat organ-organ dalaman aku.terutama hati aku.rasa macam terhiris. Bila aku dengar cikgu membenarkan Kelas 6 Merah keluar awal . shit!! tiba-tiba jer aku rasa macam gementar..yelah kan .bila aku balik umah nanti mesti kena "sekolah" lagi dengan ayah. So aku bercadang ambik trip bas yang terakhir.nampak nya kena la layan ais krim dulu .. kalau tak sangap jugak nak tunggu.

"Oit budak!!nak balik tak nak? konduktor bas tu panggil aku.isy camne la aku tak sedar masa tu berlalu.Hari ni camnelah aku boleh sama trip ngan budak Sekolah Sin Min (Cina) so jadi sardin la dalam bas tu..dalam diam-diam mata aku tertumpu pada sorang budak perempuan.memang comel.."dapat kawan ngan amoi ni besh gak,leh gak kerek ngan kawan-kawan aku" hatiku bersuara.Semasa tiba di Kg. Tengah tiba-tiba pakcik drebar bas tu bersuara "Farah,cakap ngan budak-budak cina ni..suruh tunggu kat sini dulu sebab pakcik nak ambik kawan diorang yang tertinggal kat sekolah sana" so aku tengok budak comel tu bangun (oo farah namanya.melayu rupanya..) lepas tu dia pun bercakap la ngan kengkawan dia dalam bahasa cina. selepas itu aku nampak la diorang beramai-ramai turun dengan automatiknya aku pun kena turun sekali sebab budak cina tu semua sama kg ngan aku. Dalam diam-diam mata aku masih lagi mengerling ke arah "farah" yang semakin sayup dari mata aku. Kat sini rupanya Kg budak comel ni ..aku ingat dia nak tunggu sekali kat sini sama ngan aku...kan besh...he.heh.e

Di Sini Ia Bermula

" Sial nyer budak!! aku suruh kau belajar..kau main-main.Kau nak jadi apa?.beruk kat hutan?." Tempik ayah aku semasa aku sampaikan rekod prestasi sekolah aku kepada ayah aku..Sungguh berdebar betul aku masa tu menunggu apakah hukuman yang menanti aku..tiba tiba "Paaappp!!!" kena sebijik penampar..sakit nya tak yah cakap la..memang kalau beruk la yang kena penampar tu..serius lepas tu mesti pandai..

Aku tak tau la kenapa la aku ni bongok sangat dalam pelajaran, bukan la aku tak belajar tapi selalu masa aku belajar..banyak je imej yang muncul dalam kepala hotak aku ni, mungkin sebab aku menonton kartun banyak sangat kot.tu yang semua mainan yang aku ada (dapat dari ding dang) aku modified jadikan watak watak yang aku nak.lepas tu aku main sorang-sorang. Nak jadikan kisah sebenarnya aku ngan adik aku ni tak berapa rapat sangat almaklumlah adik aku ni jenis yang memang jadi kesukaan parent parent kat Malaysia ni, pandai, comel dan macam macam lagi la.So setiap kali penyampaian buku rekod sekolah adik aku selalu dapat hadiah dari ayah aku, yang aku lak dapat hadiah jugak tapi penampar lah..kira fair la tu .sama-sama dapat hadiah.oleh sebab itulah aku tak boleh get along ngan adik aku.

Selepas aku kena penampar ngan ayah aku tu..aku kena perintah reman duduk dalam bilik sebab ayah aku suruh listkan apa aku nak jadi apabila besar kelak. sementara adik aku lak..ayah aku ajak gi pasar malam..belikan hadiah sebagai meraikan kedudukan no 1 dalam kelas dia..masa tu apa yang aku rasa memang sebak giler..rasa macam tersisih..walaupun aku tau masa tu aku kecik lagi tapi aku ade perasaan jugak..masa tu yang paling aku sedih ..aku dapat melihat tangisan seorang ibu yang dapat rasakan apa yang bermain didalam hati aku.. :(